· Ilmu Pengetahuan
· Kemajuan Kerjaya
· Meningkat Produktiviti Organisasi
· Sumber Pendapatan Sampingan
· Kerjaya dalam GIS
Pembaca perlu mempelajari perisian GIS bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan cuba untuk menguasai perisian tersebut dengan sebaiknya. Pembaca seterusnya perlu menggunakan perisian ini dalam kerja-kerja seharian sebagai suatu amalan.
Kemahiran pembaca menggunakan perisian ini akan memberi kesan kepada produktiviti kerja individu dan organisasi dan seterusnya menambah mutu perkhidmatan kepada para pelanggan.
Sistem GIS telah terbukti dapat membantu menyimpan, memproses dan menyalurkan dan memaparkan maklumat untuk keperluan sesebuah organasisi. Penerapan Sistem GIS dapat membantu dan memudahkan para pengurus mengambil tindakan dan keputusan berkaitan sesuatu isu atau permasalahan berdasarkan maklumat yang dijana melalui sistem GIS yang dibangunkan.
Pembaca sebagai seorang pekerja atau kakitangan yang mahir menggunakan perisian GIS merupakan asset yang berharga kepada organisasi. Pembaca yang menguasai perisian GIS dan memperkenalkan suatu penyelesaian dengan pendekatan GIS dan apabila ianya terbukti berjaya meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan dan keuntungan kepada syarikat tentunya berpeluang mendapat ganjaran kerjaya yang lebih cemerlang di masa hadapan sama sama ada di organisasi tempat pembaca bekerja atau organisasi luar yang akan melamar pembaca dengan pendapatan yang berlipat ganda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment