Tuesday, January 12, 2010

Kelebihan Belajar GIS Dalam Talian

Kelebihan Belajar GIS Dalam Talian :

• Mempelajari Perisian GIS mengikut kesesuaian atau kelapangan masa yang ada.

• Ianya bertujuan untuk membolehkan pembaca menguasai Perisian GIS bagi melaksanakan sendiri kerja-kerja pembangunan data GIS berdasarkan kaedah terperinci yang disediakan.

• Kos latihan yang minimum

• Jimat masa dan lain-lain kos sampingan seperti kos pengangkutan, penginapan, makan dan minum yang biasanya ditanggung oleh pembaca apabila mengikuti sesuatu kursus secara bersemuka dengan tenaga pengajar.

• Kandungan maklumat berkaitan perisian GIS sentiasa dikemaskini bagi kemudahan pembaca untuk mempelajari dan menguasai perisian ini.

• Maklumat boleh dicapai dengan mudah oleh pembaca pada bila-bila masa melalui kemudahan internet.

• Pembaca boleh membuat pilihan modul latihan yang sesuai berdasarkan senarai produk yang ditawarkan.

• Pembaca juga boleh berintraksi dengan penulis untuk mendapatkan pandangan atau persoalan berkaitan penggunaan perisian GIS tersebut khususnya berkaitan dengan kerja-kerja pembangunan data GIS.

0 comments:

Post a Comment